top of page
Zon E Gelugor
Syarikat Firwan Merican Sdn Bhd

No. 62 Jalan Aziz Ibrahim,11900, Bayan Lepas,Pulau Pinang
Tel No : 04 – 643 3941  Fax : 04-643 8842

Email : mohdfirdausmerican@yahoo.com

Syarikat Firwan Merican Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 9 Disember 1992 di Pulau Pinang dengan nombor pendaftaran syarikat 253689-H. Syarikat ini diasaskan oleh Noorsa Merican bin Ghouse sejak dari tahun 1985 dan kini beliau adalah Pengarah Urusan Syarikat.

Syarikat Firwan Merican Sdn. Bhd. bergiat cergas dalam pelbagai bidang kerja dan memiliki pengalaman luas khususnya di dalam bidang perkhidmatan pembersihan kawasan dan pemungutan sampah.

Syarikat ini mula beroperasi sebagai pemborong am PKK Kelas F pada peringkat awalnya dan telah berjaya mendapat anugerah sebagai Kontraktor Berwibawa pada 15 Mac 1996. Seterusnya berkat dorongan dari pihak Kerajaan, syarikat telah dinaikkan taraf ke PKK Kelas A CIDB G7 pada Januari 2001.

Dalam usaha kami untuk mengembangkan perniagaan, Syarikat Firwan Merican Sdn. Bhd. telah memulakan operasi perkhidmatan pemungutan dan pelupusan sampah secara sistematik pada awal tahun 1991. Seterusnya, hasil dari usaha semua kakitangan, pada tahun 1994 telah menyaksikan syarikat ini berjaya dilantik oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai sebagai Kontraktor Cemerlang Pengangkutan Dan Pelupusan Sampah Sarap.

Dengan memiliki reputasi yang tinggi, dedikasi, sokongan dari ahli profesional, pengetahuan teknologi serta semangat yang tinggi, syarikat ini berkembang pesat dalam memperbaiki perkhidmatan bagi mencapai tahap kualiti yang terbaik untuk memenuhi impian dan kehendak pelanggan. Kini, syarikat mampu berbangga kerana pada tahap ini kami telah memiliki beberapa buah lori sampah pelbagai guna milik syarikat yang akan ditambah dari semasa ke semasa, kemudahan servis dan membaiki lori serta kepakaran individu yang mempunyai pengetahuan di dalam sektor alam sekitar.

Adalah menjadi prinsip syarikat berusaha memastikan segala kerja yang diamanahkan adalah mengikut spesifikasi dan siap dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Syarikat Firwan Merican Sdn. Bhd. juga bertekad untuk membangun serta meningkatkan penglibatan usahawan BUMIPUTRA di dalam industri ini dengan pengalaman dan keupayaan yang ada.

Syarikat Firwan Merican Sdn. Bhd. merancang serta berusaha untuk menjadi sebuah syarikat KONTRAKTOR BUMIPUTRA yang dinamik bagi mencapai matlamat Kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

bottom of page